Skip to main content

Emosi


Cukup tersentuh emosi saya apabila di depan saya dan pelanggan-pelanggan yang lain, seorang pekerja wanita di perlakukan bagai tidak punya harga diri oleh penyelianya. Tidak dapat saya bayangkan betapa tersayatnya hati wanita itu ketika itu. Saya dan isteri yang kebetulan berada di kedai langsir bernama Jepun ini cuma mampu memerhatikan sahaja namun dalam dilubuk hati saya menyimpan rasa belas yang teramat melihat wanita itu dilayan bagaikan budak kecil yang tidak punya perasaan. Ketika dia cuba bersuara menjelaskan sesuatu tentang masalah yang berlaku dengan pelanggannya, sepantas itu jugalah penyelia ini memintas kata-katanya dan mengherdiknya supaya diam. Saya cuma mampu menahan perasaan dan sekali sekala bersuara dengan isteri yang juga kelihatannya tidak senang melihat kejadian itu berlaku di depan mata. Bahawa adalah sangat betul pelanggan adalah raja dan tidak wajar dipersalahkan namun adalah tidak wajar juga untuk seseorang itu "dimalukan" di depan seorang yang lain walau apa pun sebabnya. Ini soal harga diri yang tiada nilainya. Saya pantas membuat kesimpulan bahawa penyelia ini gagal mengurus emosinya dan juga tidak memiliki ilmu untuk memahami emosi orang lain. Penyelia itu mungkin bijak dalam bercakap soal etika dan kualiti kerja pekerja seliaannya namun tidak cukup bijak berurusan dengan emosi.

Saya tinggalkan adegan yang tidak ingin saya lihat itu dengan hati yang masih tersayat bersama isteri yang senyum kambing dengan langsir barunya.

Pena Tumpul - Tewas dengan pujukan isteri yang dambakan langsir baru lebaran ini

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w