Wednesday, September 16, 2009

27


Pantasnya waktu beredar. Hari ini kita memasuki hari ke 26 berpuasa dibulan Ramadan.Pada malam ini kita akan menjalankan ibadah solat tarawikh untuk malam ke 27 Ramadan.Malam ke 27 Ramadan adalah malam ganjil keempat di 10 malam terakhir Ramadan dalam menemui malam lailatul qadar! Hanya tinggal dua malam ganjil iaitu dimalam 27 dan 29 dibulan Ramadan tahun ini.

"Demi Allah tidak ada Tuhan selain dia, malam itu terdapat di bulan Ramadhan, demi Tuhan aku mengetahuinya, tapi malam manakah itu? Malam dimana Rasulullah memerintahkan kita untuk bangun untuk beribadah. Malam tersebut adalah malam ke dua puluh tujuh, yang ditandai dengan terbitnya matahari berwarna putih bersih tidak bercahaya seperti biasanya". Diriwayatkan oleh Bukhori dari Ibnu Abbas .

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr. Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan 'Salamun Hiya' (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.

Namun begitu Nabi Muhammad SAW tidak menuntut supaya kita untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan. Pastinya tidak terhenti setakat malam-malam Ramadan sahaja.

Pena Tumpul - Allah Maha Pengampun

No comments:

Menjerit

" Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan meng...