Wednesday, September 30, 2009

Bencana

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) "Surah Ar-Rum:41

Beberapa kejadian bencana alam melanda termasuk banjir besar di Vietnam,badaian taufan di Filipina selain tsunami yang menghentam Samoa dan Tonga serta gempa bumi di Sumatera seharusnya menjadi peringatan dan menginsafkan kita. Bencana yang berlaku tidak sekadar dinilai 100% berdasarkan teori logika dan dijelaskan berdasarkan bukti saintifik semata-mata. Kita perlu menerima hakikat fenomena ini bukan "kejadian alam tanpa pengajaran" dan meyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu difikirkan. Fenomena bencana alam yang semakin ragat berlaku kini sewajarnya diinsafi dan membuka mata kita untuk merenung dan menghisab diri.

Begitu juga wabak penyakit yang melanda manusia sejagat tidak wajar dilihat dari kacamata saintifik semata-mata tetapi ditauladani sebagai balasan kemungkaran manusia terhadap Allah. Yang pasti segala bencana yang menimpa bukanlah setakat lumrah fenomena alam yang biasa tapi adalah bahasa tuhan sebagai peringatan buat kita yang perlu difahami dalam-dalam. Bahasa saintifik milik manusia tidak mampu menghuraikan segala-galanya.

Pena Tumpul - Mempelajari bahasa Alquran

No comments:

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang u...