Sunday, September 20, 2009

Fitrah


Ramadan sudah melabuhkan tirainya. Syawal menjelma dan sekali lagi kita menyambut hari raya. Hari kemenangan kepada mereka yang berjaya mengekang nafsu sepanjang Ramadhan. Hari mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni.
Selama sebelas bulan dalam setahun, kita bergelumang dengan nafsu dan dunia. Selama itu jugalah fitrah kita dicemari, dikotori dan dirosakkan. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, dikurniakan-Nya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula. Supaya kerakusan nafsu itu dapat ditekan dan diimbangi. Nafsu dan fitrah itu seperti jongkang jongkit. Kalau nafsu kuat, fitrah akan lemah. Kalau nafsu lemah, fitrah akan kuat. Menekan nafsu adalah cara terbaik untuk menguatkan fitrah. Nafsu mesti dilawan, tidak boleh dilayan. Nafsu yang kuat akan menyuburkan sifat-sifat mazmumah yang keji di hati kita.

Justeru itu, 1 Syawal sebenarnya ialah hari murung dan hari kesedihan. Hari berakhirnya bulan berkat dan bulan rahmat. Hari berakhirnya bulan keampunan. Hari terbuka semula pintu neraka dan bebasnya para syaitan. Bermula pada 1 Syawal, dunia akan mula mengkeronyok dan merobek-robek fitrah kita; mengotori, mencemari dan merosakkannya hinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya.

Hari raya fitrah patut diisi dan dipenuhkan dengan berzikir, bertafakur, bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Allah. Ia patut disambut dengan segala kebaikan yang berpunca dan yang didorong oleh hati atau fitrah yang sudah suci dan bersih. Hari raya fitrah bukan hari untuk memuaskan nafsu.

Pena Tumpul - Maaf Zahir Batin

No comments:

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang u...