Skip to main content

Pemanduan

Bilangan yang maut di jalan raya terus meningkat pada setiap kali musim perayaan. Ops Sikap yang digerakkan saban tahun untuk mengubah sikap pemandu supaya lebih berhemah dijalanraya nampaknya gagal lagi. Masih ada pengguna jalanraya yang memilih jalanraya sebagai pusara mereka. Adakalanya bukan kemahuan mereka tetapi sikap pemandu lain yang tidak bertanggungjawab, memandu laju dan tidak mematuhi peraturan jalanraya dan membahayakan pengguna lain yang memilih untuk berhati-hati.

Hari ini dalam keletihan yang amat sangat, saya gagahkan diri memandu seawal 5 pagi dari rumah dan perlu sampai diJB sebelum pukul 8 pagi.Saya ditemani isteri yang setia yang memang dari awal lagi tidak cukup yakin untuk melepaskan saya seorang dalam keadaan yang letih dan kurang tidor. Perjalanan berlalu lancar tanpa gangguan "pemandu kedua" kerana isteri kelihatan nyenyak tidor ketika saya meluncur laju. Selalunya, dalam banyak keadaan pemanduan saya "diganggu" bagaikan seorang pemandu yang sedang diuji dijalanraya. Tidak dapat dinafikan ini menggugat konsentrasi dan mungkin juga boleh menyumbang kepada kemalangan. Harap-harap tidak sampai begitu. Perjalanan juga agak lancar tanpa kesesakan kenderaan kecuali beberapa biji lori sekali-sekala membantutkan momentum kelajuan. Membontoti lori memang membosankan dan adakalanya membuat hati geram. Geram kerana lorong untuk kenderaan berat yang disediakan tidak digunakan sebaliknya terus menghalang kenderaan lain yang ingin memotong tanpa gangguan. Saya melihat kehadiran lori dijalanraya yang dipandu oleh pemandu yang terang-terang degil begini turut menjadi penyumbang kepada kemalangan jalanraya.

Dalam perjalanan pulang selesai berdiskusi dengan sebilangan pelajar-pelajar separuh masa di Stulang Laut selama empat jam, kadar keletihan saya semakin meningkat selain dari menguap yang tidak henti-henti. Isteri menawarkan diri untuk mengambil alih tugas memandu membiarkan saya tidor nyenyak mengubat keletihan seminggu berhariraya.

Pena Tumpul - Mahu disediakan laluan khas untuk kenderaan berat sepanjang perjalanan, mampukah? berkesankah?

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w