Skip to main content

Perpisahan


Kerukunan, keharmonian dan persefahaman hidup berumahtangga menjadi idaman setiap pasangan suami isteri. Namun tidak semua mampu memilikinya. Bahtera yang dikemudi bersama adakalanya karam dan tenggelam dek landaan badai yang tidak terduga. Hari Raya kali ini menemukan saya dengan dua orang yang terpaksa berdepan dengan dugaan paling pedih ini. Seorang sudah pun berpisah dan kini dengan haluan sendiri-sendiri. Terlalu sukar untuk dipercayai, namun itu kententuan takdir. Seorang lagi sedang berada di persimpangan dilema yang cukup memeritkan. Di kanan sayang, di kiri pula kasih. Hasrat hati ingin memiliki kedua-duanya, tidak mahu melepaskan yang lama dan tidak pula mampu melupakan yang baru bertakhta di hati.

Proses membuat keputusan tidak akan menjadi terlalu sukar sekiranya dia tidak di beri pilihan begini: miliki yang baru tapi lepaskan yang lama dan begitulah sebaliknya. Sukarnya membuat pilihan begitu. Umumnya, tidak ada seorang isteri pun yang sanggup kasih sayang suaminya dikongsi dengan yang lain. Tidak mahu berkongsi kasih. Tidak sanggup berkongsi suami. Enggan suami dirampas perempuan lain. Jawapan-jawapan begini amat biasa kita dengar bila persoalan poligami diajukan kepada sang isteri. Tidak kurang yang menyatakan mahu perhatian suami sepenuhnya dan tidak sanggup di gilir-gilir. "Suami tak layak berpoligami, seorang pun tak mampu nak tanggung." "Saya dah sediakan segalanya, ikut semua kehendaknya..apa lagi yang kurang?" "Sebelum saya dimadukan, lebih baik dia ceraikan saya."Pelbagai jawapan yang bernada penuh emosi. Jangan juga terperanjat dengan jawapan ini, "Jijiklah! Kalau suami aku dah tidur dengan perempuan lain, jangan harap dia boleh sentuh aku lagi!"

Tidak keterlaluan jika dibuat kesimpulan, jiwa dan naluri wanita secara umumnya tidak suka sekiranya dimadu. Saya amat yakin isteri saya juga begitu dan kalau saya ada hasrat itu sewajarnya dikuburkan sahaja.

Perkahwinan bersama seorang isteri pun sudah amat berat tanggungjawabnya..inikan pula berkahwin dengan lebih dari seorang. Saya tinggalkannya dengan kata-kata itu untuk ditimbang bersama harapan sang isteri yang tinggi menggunung!

Pena Tumpul - Takut kena keluar rumah sehelai sepinggang

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...