Skip to main content

Posts

Perhati

Anak kecil ini pastinya puas dengan apa yang dimilikinya. A dakalanya kita tidak puas dan tidak juga rasa gembira dengan apa yang kita ada. Bila melihat orang lain memiliki sesuatu yang kita tidak ada, kita selalu mengimpikan alangkah baiknya kalau kita juga memiliki seperti apa yang mereka miliki. Kita mula membuat perbandingan. Ini memang biasa berlaku. Tanpa kita ketahui barangkali, mereka pula tidak puas dengan apa yang mereka ada dan juga turut mengimpikan alangkah baiknya kalau mereka memiliki apa yang kita miliki. Seorang petani di tengah sawah memerhatikan sebuah kereta mewah yang dipandu oleh seorang lelaki yang gayanya seorang hartawan. Dia nampak seorang wanita cantik di sebelah lelaki itu pastinya isteri lelaki itu dan juga seorang budak perempuan di belakangnya. Dia mula membayangkan betapa beruntungnya lelaki itu yang memiliki kehidupan yang mewah begitu. Dia membandingkan dirinya dan diri lelaki itu. Dia melihat kekurangan dalam dirinya. Dia melihat kehidupannya yan...

Kalau

Kalau Rasullulah bersama kami. Menarik. Radio Ikim membicarakannya pagi ini. Malah mendengar lagu Lau Kana Bainana juga cukup menghiris perasaan.  Ada yang mempertikaikan bolehkah kata "kalau" itu digunakan lebih-lebih lagi dalam konteks membayangkan kalaulah Baginda bersama kita. Ustaz menjelaskan perkataan ‘kalau’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak. Penggunaan perkataan  "kalau" yang dilarang ialah apabila berlaku sesuatu yang buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “ Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni …”, dan seumpamanya. Tanpa sedar memang kita sering mengungkapkan "kalau" dalam setiap kejadian yang berlaku. Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan dan dilarang keras kita menggunakannya. Kita bagai menolak ketentuanNya Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatk...

Ayam

Saat-saat menunggu Mak Utih menyajikan gulai ayam kampung S udah lama benar rasanya tidak makan ayam kampung. Nama sahaja duduk di kampung namun ayam di pasar juga yang menjadi pilihan. Lagi pun bukan mudah untuk mendapatkan ayam kampung sekarang. Macam sudah pupus. Tidak ramai yang membela ayam kampung sekarang. Ayam kampung perlu lepas bebas untuk mencari makannya sendiri. Ia tidak boleh dikurung seperti ayam bandar (?) Ada ke ayam bandar? Namun bila dibiarkan bebas pula, ayam-ayam ini akan menceroboh ke laman-laman rumah jiran dan ini bukanlah disukai. Ini adalah salah satu sebab mengapa ayam kampung tidak banyak dibela macam dulu. Bila bercakap fasal ayam kampung, ingatan pastinya mengimbau sewaktu kecil-kecil dulu di zaman sekolah rendah. Kalau balik ke kampung atuk, gulai ayam kampung cili api masak lemak kuninglah menu paling istemewa dari arwah atok Senah. Gulai makin tambah sedap bila atok masak guna dapor kayu. Dimakan pula dengan pucuk ubi di celur air panas dan di c...

Penting

H afiz memiliki sebuah buku cerita baru yang dibelikan oleh ayahnya. Gembira betul dia. Pun begitu di usia empat tahun, dia cuma mampu menikmati gambar-gambar yang dipaparkan sahaja. Ayahnya menyuruhnya mendapatkan ibunya untuk membacakan cerita untuknya. Ibunya yang kelihatan agak letih nampak tidak begitu sangat bersedia untuk memenuhi permintaan anaknya itu.  Saya lihat ibunya hampir mahu merebahkan badannnya di kerusi malas bila Hafiz kata, "Ibu, bacakan cerita" Dalam nada suara yang tidak bermaya, saya dengar ibunya menjawab, " Piz, ibu penat ni. Lain kali ibu baca ok". Saya tahu Hafiz kecewa kerana ibunya tidak memenuhi permintaannya itu. Dia berlalu pergi dan membawa diri ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi sehinggalah saya balik. Dia merajuk barangkali.  Namun, apakan daya ibunya memang letih dan perlu berihat. Pun begitu, sebagai seorang ibu saya melihat walau penat macam mana sekalipun kehendak anak tidaklah elok untuk dihampakan. Hati anak kecil b...

Benam

D i corong radio pagi ini saya dengar seorang pakar motivasi berbicara tentang perlunya pasangan suami isteri merendahkan ego masing-masing. Malah lebih baik lagi dibenamkan dalam-dalam. Saling tegur menegur dan menerima pandangan secara terbuka. Kalau salah tidak teragak-agak untuk mengakuinya.  Dia turut berkongsi cerita yang amat menarik untuk dijadikan iktibar. Kisah sepasang suami isteri warga emas yang singgah makan di sebuah restoren di pekan Ketoyong.. Seusai makan, mereka meneruskan perjalanan. Setelah 40 minit perjalanan,si isteri sedar yang dia telah teringgal kacamatanya di warong itu. Si isteri meminta suaminya agar berpatah balik. Permintaannya dipenuhi namun si suami tidak berhenti-henti merungut dengan muka masam mencuka. Mulutnya tidak berhenti mengomel sedang sang isteri hanya memetukan diri tanpa sepatah perkataan pun. Dia sedar kecuaian dan kesalahannya. Sesampai semula di warong itu, si isteri terus meluru masuk ke restoran itu. Tiba-tiba dia dengar suam...

Nasi

Khabarnya jurufoto yang menangkap gambar ini membunuh diri  kerana rasa bersalah tidak dapat membantu gadis malang ini! S aya menghadiri majlis perkahwinan tengahari ini. Isteri saya senyum lebar. Dia tahu yang dia tidak perlu masak hari ini. Begitulah selalunya. Seperti lazimnya, jamuan perkahwinan begini memang mewah dengan makanan. Namun ada sesuatu yang tidak suka sangat saya lihat bila makan kenduri kahwin. Pembaziran makanan kerana gagal merancang. Ada segelintir yang meninggalkan sisa-sisa makanan di dalam pinggan. Ia sepatutnya boleh dihabiskan kalau kita tahu kemampuan kita untuk menghabiskannya. Seeloknya kalau kita cuma mampu makan sedikit ambillah sedikit. Tidak perlulah teruja sangat dengan lauk yang tersaji di depan mata kalau perut berkata tidak. Saya sengaja ke belakang rumah dan menyaksikan longgokan pinggan-pinggan yang masih sarat dengan saki-baki nasi dan lauk yang sebenarnya memang layak untuk di makan pun. Saya teringat kepada gambar yang memaparkan seo...

Cicak

K etika baring-baring bersama Hafiz, saya lihat perhatiannya bertumpu kepada dua ekor cicak di siling. Hafiz memang suka bertanya. Adakalanya soalan yang diajukan tidak dijangka pun. Dan, untuk itu saya perlu cukup ilmu untuk menjawabnya. Dia tidak bertanya mengapa cicak mampu melekap di siling dan bergerak pantas seolah-olah ada gam yang melekat pada kakinya, walaupun sesekali cicak ini akan jatuh ke lantai juga. Dia cenderung hendak tahu apa yang cicak makan untuk hidup. Saya tidak perlu bersusah untuk menjawabnya kerana sekonyong-konyong dia nampak salah seekor cicak itu menyambar serangga kecil di depan matanya. Hafiz hairan kenapa serangga itu yang menjadi makanan cicak. Memang aneh pun kalau difikirkan. Cicak menjadikan serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah be...

Penipuan

I nformasi ini singgah di kantung email saya. Ia amat menarik malah cukup berfaedah untuk dikongsi. Persoalan sama ada maklumat ini benar atau sebaliknya tidaklah penting sangat kerana hakikatnya memang itu pun yang berlaku.  Dalam soal makanan misalnya bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam. Mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tetapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang Yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Selain itu, kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.  Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan, j...

Dendam

Adakah bayi ini berdendam? D i corong radio pagi ini, saya dengar seorang Ustaz berkisah tentang dendam. Menariknya Ustaz ini, pasti ada cerita menarik yang dikongsi bersama pendengar sebagai suntikan semangat. Memang sebagai insan, semangat kita bagai air sungai ada pasang dan surut.Perlu di jana selalu. Dendam ini pelbagai dimensinya. Selalunya dendam itu konotasinya negatif. Dari dendam biasa-biasa menjalar kepada dendam kesumat yang membara. Selagi dendam tidak berbalas selagi itulah rasa dendam akan terus bersarang di dada. Perasaan akan kembali tenang dan sakit hati akan terubat andai dendam sudah dilangsai. Begitulah dendam dalam perspektif yang lazimnya berlaku.  Pun begitu. dendam itu ada dimensi positifnya juga. Dendam begini tidak menjana dendam membara sehingga merosak diri dan rasa tetapi sebaliknya menjulang diri ke tahap tinggi. Ustaz bercerita satu kisah benar.   Bagaimana bila seseorang itu rasa amat terhina, lalu dia berazam mengubah kehidupannya ...

Malang

S aya selalu mengimpikan bahawa tiada satu nyawa pun yang diragut sia-sia di musim perayaan. Saya sedar ia cuma impian kosong yang tidak akan menjadi  realiti pun. Khabarnya kadar kemalangan jalan raya tahun ini meningkat berbanding tahun lalu. Ia petanda bahawa sikap dan cara pemanduan rakyat Malaysia masih tidak berubah. Sudah acapkali kita mendengar pandangan orang luar tentang sikap pemandu kita. Pemandu kita dikatakan tidak sangat ambil kisah tentang pengguna jalan raya yang lain malah tidak memikirkan akibatnya. Paling kerap ialah memotong sesuka hati bila saja ada peluang tidak kira dari sebelah kiri atau kanan, memotong barisan, memecut ketika hampir di lampu isyarat dan banyak lagi. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana pemandu tidak bersopan begini boleh dikurniakan lesen dan seterusnya dibiarkan memandu di jalan raya. Ia tidaklah menghairankan pun kerana memperolehi lesen bukan pengiktirafan mutlak bahawa pemandu itu akan mempamerkan pemanduan berhemah di jalan raya...

Sampah

"Ada di kalangan orang sekeliling kita yang boleh disifatkan bagai lori sampah" M elampaunya kenyataan di atas. Amat keterlaluan melihat orang di sekeliling kita sampai begitu. Saya ingin berkongsi apa yang saya dengar lewat corong radio awal pagi ini. Saya belajar sesuatu yang amat berharga dalam mendepani pelbagai ragam manusia yang menggugah hati, perasaan dan tindakan kita. Secara sedar atau tidak hampir saban hari kita berdepan dengan aneka jenis manusia dan kita adakalanya membiarkan mereka wewenangnya mempengaruhi perasaan kita. Pemandu yang biadab, pelayan kedai makan yang kurang sopan, majikan yang menjengkilkan atau pun rakan sekerja yang menyerabutkan kepala adalah sebilangan yang berperanan mencalarkan keceriaan hidup kita. Bagaimana timbulnya kisah lori sampah ini. Ia tentang seorang pemandu teksi yang membawa seorang penumpang di tengah kesibukan kota Kuala Lumpur. Dalam kesesakan menuju ke destinasi, tiba-tiba terpacul sebuah kereta keluar dari tempat let...

Kekasih

K etika Ramadan melabuhkan tirainya senja tadi, hati dijentik rasa sayu. Begitulah yang dialami setiap kali Ramadan pergi. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa di mana sifat Pemurah dan Penerima Taubat Allah itu berlipat ganda. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat di mana bala syaitan itu digari. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat pintu syurga dibuka seluasnya, dan pintu neraka itu ditutup serapatnya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa khusus untuk melahirkan generasi bertaqwa, berasaskan kepada hidayah al-Quran. Semua ganjaran ini, hanya ditawarkan terhad sepanjang Ramadhan sahaja dan tidak akan kita temui dan perolehi di bulan-bulan yang lain. . Alhamdulillah, kita berjaya juga melalui bulan Ramadhan tahun ini. Yang paling penting ialah semoga setiap amalan kita diterima Allah dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti. Amat saya takuti kalau  tergolong dalam golongan yang rugi kerana tidak diampunkan dosa walaupun telah menjalani ...

Bising

B aru sehari hujan turun namun sang kodok sudah mula bising-bising. Pastinya ia bersyukur kerana setelah beberapa hari panas terik membakar, bumi dibasahi hujan. Memang kodok cukup seronok kalau hujan turun dan kalau boleh mahu hujan terus turun tanpa henti. Hafiz yang baru berusia sembilan tahun merasakan dirinya terganggu oleh bunyi kodok yang bersahutan awal subuh tadi. Bunyi bising kodok itu menggangu tidornya. Saya beritau, dia tidak boleh kata begitu. Seperti juga manusia, kodok sebagai makhluk ciptaan Tuhan juga memuji Tuhan dan mengucapkan terima kasih atas nikmat hujan yang diturunkan. Hafiz akur dengan penjelasan saya dan berjanji tidak akan marah-marah kodok lagi. Saya lihat dia menyambung tidornya dalam kedinginan pagi yang cukup menyamankan. Anak kecil seperti ini memang perlu diberitahu. Namun ada cerita yang lebih mencuit hati fasal kodok ini. Ia diceritakan oleh seorang pakar motivasi ketika saya menghadiri kursus yang dikendalikannya tidak lama dulu. Kisah seoran...

Khatam

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf"  direkodkan oleh Tarmizi P emurahnya Allah kepada hambaNya. Saya tidak mahu terlepas merebut tawaran Allah ini.  Akhirnya dengan izin Allah saya khatam AlQuran tepat jam 4 petang hari ini. Syukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana Ramadan kali ini diberi kekuatan untuk membaca seluruh isi kandungan AlQuran. Secara kebetulan masjid menganjurkan majils tahlil dan khatam alQuran yang biasa diadakan setiap penghujung Ramadan. Saya merasakan majlis itu diadakan khas untuk saya. Maha Suci Allah. Bersama-sama dengan empat yang lain termasuk Imam Masjid Kampung Gudang Garam yang juga bapa mentua saya, Hisham, Zakaria dan Faruq kami memimpin majlis ini. Saya melihat puasa sebagai satu proses persediaa...

Pensil

H afiz yang berumur lima tahun amat kerap mengasah pensilnya. Gurunya membekalkannya dengan latihan tulisan hampir setiap hari. Petang ini bila saya ke rumahnya, dia cukup tekun menulis huruf-huruf dengan pensilnya. Sesampai saja saya di rumahnya, dia tidak tunggu lama tetapi terus menunjukkan pensilnya minta diasah. Pensilnya memang cukup dompok masa itu. Semua pensil yang dia ada memang tidak berasah pun. Mungkin emak dan ayahnya sibuk sehingga tidak terlayan kerenahnya. Banyaknya pensil-pensil kontot yang masih disimpan dalam kotak pensilnya. Sambil mengasah pensil saya beritau Hafiz bahawa hidup ini juga macam pensil. Pensil bukan sekadar pensil yang kita lihat itu sahaja. Ia bergantung bagaimana kita melihat pensil ini. Pensil ini mempunyai beberapa nilai baikyang boleh kita pelajari daripadanya. Bila kita mengasah pensil misalnya, bayangkanlah betapa rautan dek pisau yang tajam akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatk...

Palsu

M ulai solat Asar hari ini saya cuba menahan diri saya untuk tidak menyapu muka lagi selepas memberi salam. Saya sendiri tidak pernah ingin bertanya kenapa solat perlu disudahi dengan menyapu muka. Cuma yang saya tahu kerana saya melihat majoriti yang dilihat bersolat menyapu muka seusai sahaja memberi salam. Lalu saya juga melakukannya sejak saya mula bersolat dulu tanpa ragu pun. Ikut apa yang orang buat. Itulah silapnya kita. “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Dengan nama Allah yang tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan “ Hadis di atas dikategorikan sebagai hadis lemah dan sekaligus tidak boleh diterima apatah lagi dijadikan sandaran dalam melakukan satu ibadah seperti solat ini. Lantas tidak ada sebab mengapa kita perlu menyapu muka sedangkan ia bukan sunnah Nabi pun. Dan umum menge...

Ambulan

U mum mengetahui bahawa ambulan dipandu atas jalan raya dengan satu misi yang cukup murni. Misi membawa pesakit yang perlu dikejarkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Misi yang mempertaruhkan antara hidup dan mati. Pemandu kenderaan ini diberikan amanah yang cukup berat untuk melaksanakan tugas ini. Pengetahuan dan kepercayaan bahawa ambulan perlu dilayan sebagai "raja" di jalan raya adalah sesuatu yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Dalam keadaan sesak mana sekali pun seboleh mungkin kita sebagai pemandu perlu bergerak ke bahu jalan untuk memberi laluan supaya kenderaan yang sedang dipandu dalam keadaan kecemasan ini boleh melungsur laju tanpa halangan. Kesedaran bahawa ada pesakit yang perlu dibawa segera ke hospital menerbitkan tindakan para pemandu lain untuk beralah tanpa paksaan pun. Benar adalah satu kesalahan untuk menyekat laluan ambulan, bomba, polis dan sebagainya, namun saya kira bukan faktor ini yang sangat mendorong mengapa pemandu bertindak ...

Gelap

K ira-kira 20 minit menghampiri waktu berbuka puasa semalam, tiba-tiba lampu yang sedang menyala terpadam manakala kipas yang sedang ligat berputar terhenti. Adakah litar pintas berlaku? Saya memeriksa panel suis utama dan mendapati tiada sebarang tanda litar pintas. Namun sebelum itu, kilat sabung menyabung di iringi dengan dentuman petir. Saya pantas membuat kesimpulan pasti ada pokok yang tumbang dan menimpa talian letrik lalu menyebabkan litar pintas. Seluruh Kampung Gudang Garam bergelap. Saya berharap keajaiban berlaku untuk melihat bekalan elektrik dipulihkan sesegera mungkin. Saya mula menyelongkar seisi rumah mencari lilin. Sumber cahaya alternatif ini gagal ditemui. Pilihan terakhir yang ada ialah sumber cahaya yang amat minimum dari telefon bimbit yang baru saya beli sebulan yang lalu. Sebuah telefon bimbit yang paling murah tidak sampai pun RM70 memberi sinar untuk saya dan keluarga berbuka puasa. Satu tamparan untuk isteri yang punya telefon jauh lebih mahal. Moralnya ...

Perang

R umput di laman makin panjang. Kemuncup juga sama naik. Memotong rumput yang tumbuh meliar sekeliling rumah adalah tugas rutin saya setiap dua minggu. Saya lebih suka melakukan kerja ini sendiri daripada mengupah orang lain melakukannya. Pada saya, kerja yang boleh dibuat sendiri akan saya seboleh mungkin saya berusaha membuatnya. Petang ini saya menyuarakan hasrat untuk memotong rumput. Tidak seperti selalu, kali ini hasrat saya dibantah keras bukan sahaja oleh isteri tapi Haziq juga. Alasannya mudah. Di bulan puasa ini adalah bukan langkah bijak untuk melakukan kerja ini. Saya pasti akan dipanah matahari yang membahang. Saya akan mudah penat dalam keadaan berpuasa sekarang. Saya juga akan haus dan akhirnya akan terdampar keletihan nanti. Saya faham mereka tidak mahu lihat saya letih nanti. Namun saya menolak alasan itu. Menjadikan ibadat puasa sebagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu kerja yang mengundang keletihan tidak dapat saya terima langsung. Saya selalu percaya Tuhan ...

Hamba

"Jangan kamu menjadi  hamba Ramadhan semata-mata, jadilah hamba Allah yang ikhlas mencari keredhaanNya dalam Ramadhan” I tu pesan Yusuff Al-Qardhawi. Saya mendengarnya dilontarkan oleh seorang Ustaz lewat corong radio pagi ini. Secara jujur saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Ia satu peringatan yang amat baik untuk saya melihat dan menilai ibadat puasa saya. Saya tidak mahu dan cukup takut andainya tergolong sebagai hamba begini. Kata Ustaz, walaupun banyak kita baca al-Quran, itu belum tanda kita sudah berjaya. Bulan Ramadan memang kita kerap ke masjid untuk solat Tarawih, itu juga bukan tanda kita sudah berjaya.  Begitu juga banyaknya sedekah yang kita hamburkan di bulan Ramadan ini, itu bukan tandanya kita sudah jadi pemurah. Kenapa begitu? Tidak cukup baik dan sempurnakah amalan kita? Apa kurangnya lagi?  Sebabnya ialah kerana Ramadan adalah bulan “latihan.” Kejayaan sesuatu kursus bukannya di tempat kursus tetapi ukurannya ialah selepas selesai kur...