Skip to main content

Posts

Jengka

S aya ke Jengka hari ini untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak perempuan seorang kawan lama.Walaupun perjalanan agak jauh dan memakan masa sekitar 2 jam lebih, undangan ini tidak mampu saya tolak kerana Cikgu Latif adalah rakan paling baik yang pernah saya ada ketika merantau di Jengka dulu. Setelah sekian lama tidak bersua, pertemuan yang berlangsung tidak sampai pun sejam tetap membuahkan rasa gembira bukan kepalang. Saya dan isteri akur dengan kesibukannya dan isteri melayan tetamu yang datang, sementelah lagi ini adalah majlis perkahwinan pertamanya. Tetamu berjujai datang. Pun begitu hati puas kerana dapat menunaikan permintaannya. Pena Tumpul - Berselera makan sambal tempoyak

55/10

S aya bersyukur menggunung tinggi kerana Tuhan memberi saya kesempatan untuk terus menghirup udara segarnya di usia keramat 55 tahun.Sekali lagi saya menyambutnya bersama anak saudara lelaki, Hafiz yang berkongsi tarikh lahir yang sama. Kali ini majlis di sambut sederhana berbanding sebelumnya. Ada kek sumbangan Ani, ibu Hafiz yang tidak pernah gagal menyediakannya saban tahun. Selebihnya menjamu ayam goreng di restoren segera. Majlis yang sangat ringkas namun amat besar maknanya dalam kehidupan seorang saya dan anak saudara yang kian membesar ini. Tanpa Hafiz tidak mungkin hari lahir saya akan diraikan setiap tahun begini. Kelahiran Hafiz menjadikan hari lahir saya penting. Emak sempat mendoakan agar anak lelakinya ini terus diberkati usia dan dikurniakan rezeki serta kesihatan yang baik. Hafiz pula didoakan supaya jadi anak yang baik dan taat. Saya terharu dapat menyambutnya lagi bersama emak dan isteri serta sebahagian adik beradik, Nasir dan Noi yang mampu bersama. Pena Tum...

Umbut

A yam dan daging tidak langsung menambat hati saya di majlis perkahwinan yang saya hadiri tengahari ini. Umbut kelapa masak lemak lebih meliurkan dan menggammit selera perut yang tengah nakal. Umbut kelapa memang sedap, lemak dan manis. Umbut kelapa adalah dibahagian pucuk daun atau dimana buah kelapa berada. Biasanya, bahagian luar kulit ,pucuk daun dan daun serta buah kelapa perlu di potong dan dibersihkan dulu untuk dapat bahagian dalam umbut yang lembut. Saya perhatikan tetamu yang datang lebih berselera meratah gulai umbut dari lauk-lauk lain yang sudah menjemukan. Rasanya elok juga kalau tetamu dihidangkan dengan pelbagai sayur dan ulam kampung seperti nangka, pisang muda dan rebung. Sambal petai dan ulam jering rasanya ramai yang menggemarinya. Selesai menikmati umbut yang enak, sempat juga saya mencuci mulut dengan bubur pulut hitam. Terima kasih kepada Bang Jamal dan Kak Yam kerana mengerti selera jemputan seperti saya. Pena Tumpul - Suka cendol pulut juga

Kambing

Khabarnya , kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain. Kasihan binatang bernama kambing ini. Sejak sekian lama, kambing menjadi mangsa  persepsi orang ramai terhadap dagingnya yang dikatakan penyebab utama penyakit berbahaya. Makan daging kambing boleh dapat darah tinggi! Ramai orang kata begitu. Pak Husin mengundang saya ke majlis perkahwinan cucunya. Saya sudah lama kenal Pak Husin. Dia tukang kebun sekolah ketika saya bersekolah rendah. Sudah lebih 30 tahun namun Pak Husin masih ingat saya. Dia masih kuat dan sihat. Dia juga rakan rapat arwah ayah. Banyaknya lauk di rumah Pak Husin. Saya rencam, namun kari daging membuat saya teruja. Pastinya daging lembu. Di meja makan, saya sempat berbual dengan seorang tetamu yang baru dikenal. Kambing jadi mangsa lagi. Dia kata dalam pinggan saya ialah kari kambing selain acar nenas dan ayam goreng yang saya ambil tadi. Saya tidak tau pun daging kambi...

Ikut

عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : S aya mendengar seorang Ustaz membicarakan hadis ini lewat TV AlHijrah. Saya kira ia bukan sahaja menarik untuk direnungi malah di berikan perhatian. Ringkas dan padat. Ia sangat berkait rapat dengan apa yang berlaku sekarang. Bagaimana kehidupan kita sangat dipengaruhi oleh puak-puak yang dimaksudkan dalam hadis ini. Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka” . Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “ Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim) Daripada hadis ini, Rasulullah memberitahu bahawa d...

Masak

"Ayah tak payahlah belajar masak. Nanti mama lagilah rilek" I tu reaksi paling spontan Haziq bila saya menyuarakan hasrat untuk belajar memasak. Haziq tahu kalau ayahnya sudah tahu memasak, ada potensi mamanya akan mendelegasikan seluruh tugas rumahtangga kepada saya sepenuhnya termasuk memasak.  Sebenarnya saya tidak nampak pun mengapa saya perlu tahu masak. Selama ini pun isteri yang memang pandai memasak sentiasa menyediakan sajian terbaik untuk saya anak beranak. Idea supaya saya belajar memasak dicetuskan oleh isteri ketika menikmati hidangan makan tengahari di rumah Kak Long. Kebetulan Kak Long tiada di rumah dan paling pasti suaminyalah yang memasak. Kami tahu Abang Usop memang boleh, tahu dan pandai memasak. Sesekali terbit juga rasa cemburu kerana saya tidak dianugerahkan kebolehan apatah lagi kemahiran untuk memasak. Kata isteri, memasak bukanlah sukar sangat pun. Ia kemahiran yang cukup mudah untuk dipelajari. Dia memang mengalu-alukan kalau saya memang bet...

Pandangan

Apa pula pandangan kita melihat gambar ini? L ain orang lain lain pandangannya. Kita tidak boleh mengharapkan pandangan orang lain perlu sama dengan pandangan kita. Setiap orang berhak untuk berlainan pandangan sebenarnya dan itu perlu dihormati. Pandangan yang berbeza terbit dari latarbelakang, pegangan, fikiran dan fahaman yang juga berbeza. Justeru itulah budak-budak melihat sungai sebagai tempat yang seronok untuk bermandi manda sementara di mata seorang penggila ikan air tawar, sungai dipandang sebagai lubuk ikan. Bak kata orang putih, thinking make it so. Saya menemukan kisah yang melucukan ini dalam kantung email saya. Ia ada kaitan dengan berbeza pandangan. Ada seorang wanita dalam keadaan berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan, pengayuh beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut. Merasakan dirinya diperhatikan oleh pengayuh beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke...

Urut

H aziq dikesan berjalan terhincut-hincut bila balik daripada latihan sukan petang tadi. Tentunya gara-gara bermain bola sepak, sukan yang amat diminatinya. Saya tidak mampu menahan minatnya cuma sering berpesan supaya jangan terlalu rakus di padang. Namun, keseronokan di padang membuatnya lupa segala pesanan yang diberikan. Nah, dia yang menanggung padahnya. Kesian juga tengok, apabila sebelah malamnya merengek minta di urutkan. Saya enggan kerana ingin memberi pengajaran yang paling berharga buatnya supaya lebih berhati-hati bila bila di padang. Mama yang belas tidak sampai hati cuba mengurut kalau-kalau boleh mengurangkan kesakitan yang ditanggung. Mama gagal melegakan malah menambah kesakitan yang ada. Saya cadangkan supaya Haziq dibawa berurut dengan Tok Yem  yang memang agak hebat juga dalam bab mengurut. Haziq tiada pilihan tetapi akur dengan cadangan saya. Syukur, Haziq pulih dari seliuhnya. Pagi ini, dia sudah mula bising-bising mula mohon diizinkan bermain bola lagi d...

Tiru

S aya selalu percaya menunjukkan contoh teladan yang baik  adalah cara paling terbaik dalam mendidik anak-anak kita. Lazimnya, anak kita akan buat apa yang dia nampak kita buat. Dia akan tiru apa yang kita buat di depan matanya. Kalau baik yang kita pamerkan, baiklah yang akan dilakukannya. Begitulah sebaliknya. Justeru itu, kalau kita mahu anak kita baca buku dan mengulangkaji pelajarannya, kita sendiri perlu baca buku sama atau pun sekurang-kurangnya membaca suratkhabar. Adalah sangat janggal ketika kita bertegang leher menyuruhnya membaca buku, kita pula sebok melayari internet misalnya. Bila kita kata, tidak baik untuk merokok, sepatutnya kita sendiri pun tidak merokok. Kalau kita suruh dia bangun awal pagi, kita sepatutnya bangun lebih awal dari itu dan bukannya bangkit dinihari. Bila kita kata, makan sayuran itu sangat bagus, adalah sangat pelik bila kita sendiri benci kepada sayur. Senarainya sangat panjang. Itu dan ini. Begitu dan begini. Sebaik-baiknya, janganlah kita...

Peranan

S ejak kehilangan pekerjaan tiga tahun yang lalu, seorang kenalan rapat saya ini duduk di rumah ketika isteri keluar bekerja. Di rumah dia berperanan bagaikan suri (sura lebih sesuai) rumah. Dia buat apa yang selalunya dibuat oleh wanita. Dia mencuci pakaian dan menyidainya dijemuran malah mengangkitnya juga setelah kering, mengemas rumah juga memasak. Pendek kata dia melakukan kerja-kerja yang kelihatannya agak janggal untuk dilakukan oleh kaum lelaki secara sepenuh masa begitu. Sesekali berpeluang menemuinya, dia tetap berkata tanpa gagal, "Saya selesa dengan apa yang saya lakukan selama tiga tahun kebelakangan ini, tak ada masalah pun" Semalam saya menemuinya lagi dan jawapan yang sama tetap terpacul dari mulutnya. Saya menjangkakan dia telah pun memiliki pekerjaan baru setimpal dengan kelayakan, kebolehan dan pengalamannya. Bukan dia tidak pernah berusaha untuk itu, barangkali belum berjumpa yang secocok dengan minatnya. Saya mengira dia pastinya sudah "sedap...

Mudahnya

D alam hidup ini kita sering di beri dua pilihan. Ada yang memilih jalan mudah dan tidak kurang yang cenderung untuk memilih jalan susah. Ada benda yang mudah untuk diperoleh dan ada yang susah juga untuk kita miliki. Kadang-kadang kita tidak perlu bersusah-susah pun untuk mendapatkan sesuatu yang kelihatannya susah. Tidak kurang yang memandang remeh benda yang nampak mudah. Namun yang nampak mudah itulah yang sebenarnya bukan susah pun sangat untuk kita kecapi. Saya ingin berkongsi cerita yang memaparkan bahawa mudahnya untuk memperolehi sesuatu sekiranya kita memandangnya mudah. Mantoba, seorang pencari kerja yang bakal masuk ke bilik temuduga, memungut sampah kertas di lantai ke dalam tong sampah,dan hal itu terlihat oleh seorang yang bakal menemuduganya, dan dia mendapatkan pekerjaan tersebut.Ternyata untuk memperoleh penghargaan sangat mudah, cukup memelihara kebiasaan yang baik. Di situasi yang lain, Mantoba dilihat bekerja di bengkel kereta. Suatu hari ada seorang yang agak ...

Pertolongan

" H idup ini tidak sentiasa dalam keadaan stabil, adakalanya kita mengalami dugaan dan cabaran hidup. Jawatan, kekayaan dan kesenangan yang dimiliki saat ini hanyalah merupakan "baju" yang boleh hilang sekelip mata. Namun kebahagiaan yang diperoleh melalui pemberian dengan tulus ikhlas adalah sesuatu yang abadi" Saya percaya ramai yang bersetuju bila kita berhasrat untuk menolong seseorang yang mendatangi kita di dalam saat-saat kesusahannya, soal balasan atas bantuan yang diberikan tidak sangat menjadi perkiraan. Kita juga berharap yang meminta pertolongan tidak juga memikirkan soal ganjaran yang patut diberi kepada yang menolongnya. Sejak sebulan yang lalu saya sedaya upaya membantu seorang kenalan yang tidak begitu rapat menyelesaikan masalah yang dihadapi anaknya. Saya tidak pasti mengapa dia begitu yakin saya mampu membantunya, namun kepercayaan yang telah diberikan tidak pula ingin saya persiakan selain hajatnya yang tidak patut dihampakan. Malam tadi dia mend...

Dipilih

K elas "Organizational Behaviour" awal pagi ini menyaksikan saya dalam keadaan yang amat kecewa. Cuma 1/5 atau kurang dari 20% yang mampu menghadirkan diri ke kelas, itu pun bersama raut wajah yang bagaikan terpaksa. Dalam tempoh setengah jam pertama, saya melihat seorang demi seorang pelajar mundar mandir masuk, tidak bermaya, kecewanya saya! Alasan paling biasa bahawa mereka dijangkiti sindrom "overslept" sudah tidak mampu untuk saya terimanya lagi. Apa gunanya memiliki telefon bimbit yang mahal-mahal dan canggih lengkap dengan penggera masa kalau ianya tidak mampu mengejutkan kita untuk terus lena diulit mimpi! Bukan itu alasannya. Saya sudah terlalu jenuh untuk menelan alasan yang tidak bertamadun begitu. Hari ini saya tidak mahu menyalahkan mereka. Saya bersikap terlalu jujur dan apologis kepada yang hadir. " If you think my teaching does not fulfill your needs, feel free to voice out your grouses and grievances. And if you think, coming to my class ...

Mendengar

H ampir sebulan saya mencari secebis kertas yang saya ingat-ingat lupa terselit di antara laman-laman buku yang saya pernah baca.Cebisan kertas itu terkandung di dalamnya nombor telefon yang perlu sangat untuk saya hubungi. Nombor telefon itu memang amat penting bagi saya malah keluarga saya juga. Pagi ini saya digerakkan hati dan begitu terdorong untuk membaca semula sebuah buku yang pernah saya baca dulu. Saya menulusuri dan menghayati bab demi bab dan helaian demi helaian tanpa gagal. Membaca sebuah buku buat kali kedua selalunya memberi kesan yang berbeza berbanding bacaan pertama dulu. Lebih mendalam penghayatannya. Ingatan terhadap cebisan kertas yang hilang itu tidak pernah padam pun sejak saya mula kehilangannya dulu. Sesekali ia menerjah dalam fikiran namun tidak pula sampai menganggu tumpuan terhadap buku yang sedang dibaca. Keajaiban berlaku. Kebesaran Tuhan dipertontonkan dengan jelas di depan mata.  Allah memang maha mendengar rintihan hambanya. Seperti kata peng...

Damai

S epupu saya yang diperlukan untuk berpindah tempat kerja masih lagi berbelah bagi dalam membuat keputusan. Saya menemuinya semalam dan setelah seminggu berlalu, beliau dilhat agak enggan untuk meninggalkan bandar kecil ini. Beliau betul-betul tidak mahu berhijrah ke kota batu, Kuala Lumpur. Alasannya mudah, beliau tidak betah dengan hiruk pikuk kosmopolitan. Beliau tahu beliau tidak akan rasa damai dan selesa di Kuala Lumpur, berbanding Segamat. Saya setuju dan juga tidak setuju. Saya beritahu padanya sebuah cerita yang saya harap dapat mengubah tanggapannya tentang damai. Seorang raja menganjurkan satu pertandingan lukisan yang bertemakan damai. Akhirnya dua lukisan yang menyentuh hatinya terpilih untuk diadili. Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Cukup tenang airnya sehingga ia bagaikan cermin yang berupaya memantulkan kedamaian gunung-gunung yang menjulang tinggi disekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang ...

Prasangka

L azimnya kita sebagai manusia biasa mudah sangat bersangka yang bukan-bukan sekiranya terpandang sesuatu yang luar dari biasa. Pelbagai andaian yang tidak elok yang menerjah difikiran. Lebih menyakitkan sekiranya akan terpacul dari mulut menghamburkan kata-kata yang tidak enak di dengar. Alangkah eloknya sekiranya disiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap apa yang kita lihat. Atau lebih baik, diam sahaja supaya tidak ada hati yang terguris. Kisah ini amat menarik untuk dikongsi. Seorang tua dan anaknya dalam lingkungan awal 20an berada dalam keretapi yang menunggu masa untuk bergerak. Sebaik-baik sahaja keretapi bergerak, anak muda ini gembira bukan kepalang bagaikan tidak pernah naik keretapi lakunya. Ketika bapanya bagaikan tidak kesah dengan apa yang berlaku, penumpang-penumpang yang lain dibungkam kehairanan. Anak muda ini menjulurkan sebelah tangannya keluar tingkap dan merasakan pukulan angin yang kuat mendesah tangannya. "Ayah, tengok pok...

Desiran

D esiran air terjun yang didengar mengalir deras di celah-celah batu terasa menenangkan. Saya singgah sebentar di Air Terjun Gunung Ledang dalam perjalanan pulang dari Melaka. Ramainya orang sehingga hampir setiap pelusuk ditakluki. Namun saya, isteri dan Haziq dapat juga melolosi ruang yang masih tinggal. Main-main air. Sejuk dan menyegarkan. Mahu sahaja berendam terus dengan pakaian yang melekat di tubuh. Seingat saya kali terakhir saya di sini sekitar 10 tahun lalu. Lamanya. Di waktu sekolah dahulu sekitar awal 80an agak kerap juga saya ke sini, bermandi manda bersama rakan-rakan. Seronoknya kala itu menghabiskan masa setengah hari berendam sambil menikmati keindahan panorama. Tidak perlu bawa makanan pun. Beli sahaja nasi lemak bungkus daun pisang yang dijaja oleh budak-budak di situ. Murah tetapi sedap. Masa itu stamina masih hebat. Menyusuri air terjun selagi terdaya. Hari ini setelah lebih 20 tahun berlalu saya ingin terus naik lebih atas lagi. Terasa mengahnya. Isteri pul...

Nostalgik

"Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu" L ontaran dialog klasik oleh Allahyarham seniman Nordin Ahmad sekitar 50 tahun lalu sememangnya masih diingati sehingga kini. Diungkapkan menerusi filem Sri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani, dialog penuh emosi itu cukup dikagumi oleh segenap penggemar filem Melayu sehinggakan ia tetap segar biarpun sudah berpuluh tahun berlalu. Saya menontonnya lagi malam tadi untuk kesekian kalinya. Tidak rasa bosan pun. Begitulah penangan keasyikan, penghayatan dan kuatnya emosi yang dibawakan oleh Allahyarham seniman itu yang boleh dikatakan cukup sinonim dengan filem-filem Melayu klasik Saya melihat Sri Mersing adalah karya yang mengangkat martabat bangsa Melayu. Indahnya Bahasa Melayu yang digunakan. Istilah dan dialog yang tersusun rapi disulami dengan seloka, pantun, gurindam dan madah yang cukup enak didengar. Struktur naratifnya lembut namun bergelor...

Kesukaran

"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan ." (Alam Nashrah:5-6) A llah menegaskan ini dan mengulanginya sebanyak dua kali. Bahawa kita perlu berkeyakinan bahawa setiap kesukaran selalu membawa kemungkinan-kemungkinan yang bertentangan di masa hadapan. Seorang Ustaz yang didengar di corong radio awal pagi ini membacakan ayat ini sebagai asas kepada keperluan untuk kita bersabar dengan dugaan kesukaran yang kita hadapi. Selalunya kemudahan akan menyusul selepas berlalunya kesukaran. Juga akan hadirnya nikmat selepas beredarnya dugaan yang menimpa di awalnya. Itu janji Allah pada kita. Seperti kata Abdullah Alwi AlHadad, "Jika dengan hikmah Allah suatu jalan ditutup d hadapan, maka dengan rahmatNya juga, satu jalan lain yang lebih bermanafaat akan dibuka kemudiannya". Cukup indah. Jika dengan hikmahNya, suatu jalan tertutup di hadapan kita, maka dengan rahmatNya juga, jalan yang lebih baik akan t...

Perbezaan

K adang-kadang kita bertanya pada diri mengapa kita tidak bernasib baik seperti orang lain. Mengapa juga kita tidak kaya seperti orang lain. Tidak juga banyak harta seperti orang lain. Tidak punya kereta besar dan rumah besar dan mewah. Kita tidak puas hati dengan apa yang kita miliki. Dicelah-celah persoalan itu, adakalanya hati kita terubat juga bahawa memiliki itu semua bukanlah segala-galanya dalam hidup di dunia ini. Lantas kita sedar semula dan mula mensyukuri apa yang kita ada. Pagi ini, seorang Ustaz ini didengari lagi berbicara tentang Umar bin Khatab yang terkenal gagah perkasa itu juga menangis. Bahkan dalam satu riwayat, Nabi menyebutkan Syaitan pun amat segan dengan Umar sehingga kalau Umar lewat di suatu jalan, maka Syaitan akan melalui jalan yang lain untuk menghindari Umar yang digeruni itu. Justeru kalau Umar sampai menangis ia sememangnya peristiwa yang menakjubkan. Mengapa "singa padang pasir" ini sampai menangis? Satu hari Umar menemui Rasulullah. Ia ...