Skip to main content

Hadiah

Khabarnya, lelaki Melayu kurang romantik. Itu pandangan Syed Hashim Syed Ali Habshi. Saya tidak fikir ramai lelaki yang setuju dengan kenyataan liar ini.Pagi ini saya lemparkan kenyataan ini pada pelajar untuk memancing reaksi mereka. Rata-rata perempuan bersetuju. Lelaki yang cuma tiga orang langsung tidak bersuara, pastinya tidak bersetuju. Kata Syed lagi,lelaki Melayu juga kebanyakannya tidak mengingati pun tarikh lahir isteri sendiri. Apatah lagi menghadiahkan sesuatu yang istemewa sempena hari paling bermakna itu.

Siti Nurhaliza pastinya bertuah pada setiap sambutan tarikh lahirnya sejak tiga tahun yang lalu. Khabarnya hadiah hari lahir yang dianugerah oleh suaminya mahalnya bukan kepalang. Tahun ini dia diberikan beg tangan yang menyamai tiga tahun pendapatan seorang buruh kasar. Dua tahun berturut yang lalu khabarnya nilai hadiah hari lahir Siti pemberian suaminya bernilai 1 juta ringgit! Beruntungnya Siti. Ia bukan berlaku secara kebetulan dalam hidupnya. Bahawa dia pernah susah dizaman sekolahnya dahulu pastinya membakar semangatnya untuk bangkit dari keperitan hidup yang pernah diharunginya. Adillah begitu. Dia berjaya kerana dia bekerja kuat. Saya mahu pelajar melihat Siti sebagai ikon hebat begitu. Saya percaya ada pelajar yang diam-diam memendam hasrat mahu jadi seperti Siti.

Saya mungkin tidak mampu memberi hadiah mahal begitu namun saya bangga kerana masih mampu mengingati tarikh lahir isteri saban tahun walaupun hadiah sekadar ucapan semoga panjang umur untuk terus beribadat kepadaNya dan murah rezeki. Saya mungkin tidak romantik tetapi tidak pula sampai tidak reti menyayang, disayang, membelai dan dibelai!Memadailah.

Pena Tumpul - Tahun ini warga kampus hilang sesuatu: ucapan hari lahir dari majikannya

Comments

PENA KASIH said…
Alhamdulillah,Mama menerima apa sahaja pemberian daripada ayang.Mama tidak pernah meminta apa-apa dari ayang, cukup dengan kasih sayang yang telah ayang curahkan kepada kami sekeluarga.
Anonymous said…
bagi mereka yang berumahtangga, berbagai bagai cara boleh di lakukan untuk menghargai pasangan masing masing bersempena hari istimewa...ada yang cukup dengan sekadar ucapan sahaja...ada yang memberi hadiah walaupun harganya tak seberapa...ada juga yang mampu memberi hadiah tapi amat kedekut untuk berbuat demikian kerana mereka merasakan ia suatu perbuatan yang membazir walaupun dalam islam ia tidak salah asalkan tidak melebihi batasan....Islam sendiri menuntut kita menggembirakan pasangan masing masing di hari istimewa mereka....jadi tidak perlulah kita merasa irihati atau berburuk sangka terhadap kebahagian orang lain...

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...