Skip to main content

Posts

Letih

M emang sangat meletihkan. Malah menuntut tumpuan dan penggunaan masa yang bukan sedikit. Tidak kurang ongkos yang turut perlu dilaburkan dan dileburkan. Pun begitu, Alhamdulillah berkat sabar dan muafakat suku sakat, majlis perkahwinan dilangsungkan dengan jayanya. Walau pun tidak seratus peratus sempurna, namun keseluruhannya berjalan dengan baik. Cuaca pun baik. Khabarnya kuey teow sentuhan tangan Along menjadi tumpuan jemputan yang datang berbanding dengan menu utama yang disediakan. Dah jemu dengan nasi minyak dan kari daging agaknya lantas kuey teow menjadi sasaran selera. Rata-rata memuji keenakan luar biasa kuey teow yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini. Letih namun puas kerana segalanya selesai dengan baik. Pahat pun tidak berbunyi. Pena Tumpul - Mahalnya harga sebuah perkahwinan sekarang!

Guru

S aya ingin mendedikasikan ucapan hari guru kepada semua guru yang pernah mendidik saya. Saya selalu percaya tanpa didikan mereka walau sekelumit pun saya tidak berada dalam kedudukan sekarang. Mereka semua menyumbang kepada pembangunan seorang insan seperti saya. Ada di kalangan mereka yang masih terpahat segar dalam ingatan dan tidak kurang pula yang cuma sipi-sipi menyinggah di fikiran. Seawal darjah satu ditahun 1968, saya masih ingat beberapa nama seperti Cikgu Ibrahim yang mengajar Matematik (dulu Kira-Kira)dan juga Cikgu Yakob yang tidak jemu-jemu mengasah lidah Melayu kami supaya tidak kekok bertutur dalam bahasa orang putih! Guru-guru yang garang selalunya meninggalkan kesan ingatan yang mendalam kepada anak muridnya. Masih segar dalam ingatan saya di tempeleng di hadapan kelas bersama empat rakan baik saya oleh Cikgu Rahim, guru disiplin ketika saya berada dalam Tingkatan Satu. Sebabnya hanya kerana kami berlima menyeberang ke kantin sekolah rendah! Cikgu Zaidan yang...

Motor

A dakalanya memandu di lebuh raya sangat-sangat menyesakkan. Bukan sahaja kerana jalan itu sendiri yang sesak dengan kenderaan yang bertali arus tetapi cara segelintir pemandu menggayakan mesinnya juga menyesakkan mata dan hati.  Saya memilih untuk bersetuju dengan kebanyakan orang yang pernah terserempak dengan penunggang motor besar berkuasa tinggi bahawa mereka memang meresahkan pemandu yang lain. Mereka tidak menggunakan lorong motor yang disediakan tetapi lebih selesa menggunakan lorong untuk kenderaan lain. Petang ini saya melangsar di lebuh raya menuju ke Johor Bahru dan bertembung dengan sekumpulan penunggang ini yang berlagak bagai pembuli jalan. Saya memotong sebuah lori yang sangat perlahan pergerakannya bagai siput. Pun begitu dalam proses memotong itu, saya tidaklah mampu untuk meluncur laju. Dalam keadaan sukar memotong itulah sebuah motor besar ini meluncur laju juga cuba memotong di lorong yang sama. Sudah pastilah penunggang motor ini merasakan pergerakan...

Kekurangan

S aya ingin berkongsi sesuatu yang saya dengar lewat corong radio awal pagi ini. Ia kisah suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan. Selang beberapa bulan, isteri mencadangkan kepada suaminya untuk menyatakan kekurangan yang ada pada diri masing-masing supaya boleh diperbaiki bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga yang baru mereka bina. Mereka mulai memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung jika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikkan mereka bersama juga. Mereka sepakat untuk berpisah bilik tidor buat semalam dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Keesokan paginya ketika sarapan, mereka membentangkan apa yang telah mereka catat dan tulis. Isteri memulakanya.Banyak sekali yang ditulisnya. Ketika isteri membacakannya, dia melihat  airmata suaminya mulai mengalir. Mungkin sangat terharu atau tersinggung. Banyak sangat yang tidak baik tentang ...

Terowong

K alaulah masa boleh diputar balik ia pastinya menarik. Berada semula di masa kita masih kanak-kanak saya kira paling menyeronokkan. Begitu juga masa bersekolah yang masih muda remaja. Namun, ia mustahil untuk berlaku pun. Masa tidak akan pernah berundur semula. Sesaat berlalu tidak akan boleh di ulang kembali hadirnya. 28hb Februari 2011 jam 11.59 malam misalnya datang cuma sekali dan tidak akan muncul lagi dalam kalendar kehidupan kita. Acapkali juga kita mendengar orang berkata kalaulah saya diberi peluang untuk berada di zaman muda kembali saya tidak akan buat apa yang pernah saya buat dahulu lebih-lebih lagi yang bersangkut dengan amalan dan perbuatan. Tentang pengabdian kita padaNya dan ketaatan kita kepadaNya juga. Kita dengar orang berazam untuk buat yang baik-baik sahaja andai masa itu hadir kembali. Dan ia memang tidak akan berlaku pun. Barang yang telah lepas di masa lalu memang tidak perlu untuk dikenang pun. Cuma Tuhan memberi kita peluang untuk belajar dan mengkoreksi...

Kuli

S aya selalu kagum dengan kegigihan bekerja yang dipamerkan oleh para pekerja dari seberang yang pernah saya jumpa. Mereka dilihat seolah tidak kenal erti penat lelah. Bahang mentari mungkin terasa dingin salju pada mereka. Saya mendekati mereka pagi ini yang secara kebetulan sudah lebih seminggu menyiapkan kerja-kerja renovasi rumah. " Cari makan pak, di tempat saya susah kerja. Kalau ada pun, upahnya amat kecil " kata Edi. "Saya perlu mengongkosi adik beradik saya yang masih belajar" . " Lagipun saya sudah biasa kerja teruk begini. Kami memang tidak diajar untuk duduk goyang kaki begitu, tapi kena kerja keras". Saya percaya itu jawapan paling jujur dari Edi. Kalau mereka sanggup bersabung nyawa meredah lautan dan ombak untuk sampai ke sini, apalah sangat panahan mentari itu. Kalau mereka sudah biasa bertempiaran lari dari dicekup pihak berkuasa apalah sangat bekerja teruk begitu. Saya ingin merasai kepayahan mereka. Kerja membengkok besi bukan ker...

Sedekah

A dakalanya kita sangat berkira-kira untuk bersedekah malah memilih pula orang yang hendak kita bersedekah. Lebih malang lagi kalau kita memikirkan apakah ganjaran semerta yang kita perolehi dari sedekah yang kita berikan itu. Petang ini saya membawa Hafiz jalan-jalan di taman permainan. Setelah penat berkejaran Haifiz mengadu kehausan dan mengajak saya ke sebuah kedai cendol berdekatan. Seorang wanita tua yang uzur menarik perhatian saya dan Hafiz. Ada mangkok usang di tangannya dan kelihatan beberapa keping duit siling serta wang kertas seringgit. Tanpa disuruh Hafiz memasukkan seringgit dalam mangkok wanita itu. Pun begitu Hafiz dihinggap keraguan tentang wanita tua itu sama ada dia benar-benar daif dan memang tiada pilihan lain untuk mencari rezeki selain mengemis begitu. "Betul ke orang tu memang tak daya, entah-entah dia pura-pura jadi macam tu sedangkan dia banyak duit" Hafiz menyatakan keraguannya. Saya nasihatkannya agar jangan cepat buruk sangka.Sedekah yang ...

Berlagak

S aya ingin berkongsi salah satu kisah yang mencuit hati  yang sempat saya baca dalam majalah Solusi. Ia mungkin cerita rekaan namun ada pengajaran yang boleh kita ambil. Ia mengisahkan seekor anak katak yang melihat seekor kerbau buat pertama kali dalam hidupnya. Anak katak ini ingin memberitahu apa yang dilihatnya kepada bapanya. Lantas ia pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap-cungap dan berkata, ''Ayah, saya baru pulang daripada bermain di sawah pado, Saya jumpa seekor binatang namanya kerbau.. . '' ' 'Ah, apa nak dihairankan?'' kata bapa katak walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pernah melihat kerbau. ''Kerbau itu sangat besar ayah... ''Ah, ada sebesar ini? '' tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya. '' Tak ayah, lebih besar lagi.'' ''Ada sebesar ini ?'' kata bapa katak membesarkan lagi perutnya. Anak katak menggeleng-gelengkan kepalanya. Bapa katak bertambah geram dan mara...

Dengki

S aya ingin berkongsi cerita yang amat menarik ini. Ia ada pengajaran berguna. Sesuatu yang tidak boleh disanggah, s ikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Di penghujungnya, sikap ini sebenarnya cuma merugikan diri kita sendiri.   T iga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar. Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam b...

Tulisan

H adif tidak dapat mengawal perasaan tidak puas hatinya gara-gara mamanya tidak menurut kemahuannya. Ibunya tidak membelikannya sepasang kasut bola seperti yang dijanjikan. Bukan ibunya sengaja tidak mahu memenuhi kehendaknya tetapi ibunya telah membelikannya kasut bola tidak sampai sebulan yang lalu pun. Ibunya yang tidak berpuas hati kerana Hadif tidak cukup cermat dengan barang kepunyaannya. Saya katakan pada Hadif supaya tidak bertindak marah-marah begitu lebih-lebih lagi pada ibunya. Seingat saya ibunya tidak pernah menghampakan setiap keinginannya selama ini. Jadi, adalah amat tidak adil untuk Hadif melayan ibunya begitu. Saya beritahunya supaya ingat segala kebaikan ibunya padanya sebelum ini. Saya ceritakan kesah ini padanya yang saya kira memang ada kaitan dengan apa yang Hadif lalui ini. Lagi pun saya selalu percaya cerita boleh membangkitkan rasa sedar. Ia kisah dua orang pemuda yang menelusuri padang pasir. Di pertengahan jalan, berlaku pertengkaran dan salah seorang ...

Jengka

S aya ke Jengka hari ini untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak perempuan seorang kawan lama.Walaupun perjalanan agak jauh dan memakan masa sekitar 2 jam lebih, undangan ini tidak mampu saya tolak kerana Cikgu Latif adalah rakan paling baik yang pernah saya ada ketika merantau di Jengka dulu. Setelah sekian lama tidak bersua, pertemuan yang berlangsung tidak sampai pun sejam tetap membuahkan rasa gembira bukan kepalang. Saya dan isteri akur dengan kesibukannya dan isteri melayan tetamu yang datang, sementelah lagi ini adalah majlis perkahwinan pertamanya. Tetamu berjujai datang. Pun begitu hati puas kerana dapat menunaikan permintaannya. Pena Tumpul - Berselera makan sambal tempoyak

55/10

S aya bersyukur menggunung tinggi kerana Tuhan memberi saya kesempatan untuk terus menghirup udara segarnya di usia keramat 55 tahun.Sekali lagi saya menyambutnya bersama anak saudara lelaki, Hafiz yang berkongsi tarikh lahir yang sama. Kali ini majlis di sambut sederhana berbanding sebelumnya. Ada kek sumbangan Ani, ibu Hafiz yang tidak pernah gagal menyediakannya saban tahun. Selebihnya menjamu ayam goreng di restoren segera. Majlis yang sangat ringkas namun amat besar maknanya dalam kehidupan seorang saya dan anak saudara yang kian membesar ini. Tanpa Hafiz tidak mungkin hari lahir saya akan diraikan setiap tahun begini. Kelahiran Hafiz menjadikan hari lahir saya penting. Emak sempat mendoakan agar anak lelakinya ini terus diberkati usia dan dikurniakan rezeki serta kesihatan yang baik. Hafiz pula didoakan supaya jadi anak yang baik dan taat. Saya terharu dapat menyambutnya lagi bersama emak dan isteri serta sebahagian adik beradik, Nasir dan Noi yang mampu bersama. Pena Tum...

Umbut

A yam dan daging tidak langsung menambat hati saya di majlis perkahwinan yang saya hadiri tengahari ini. Umbut kelapa masak lemak lebih meliurkan dan menggammit selera perut yang tengah nakal. Umbut kelapa memang sedap, lemak dan manis. Umbut kelapa adalah dibahagian pucuk daun atau dimana buah kelapa berada. Biasanya, bahagian luar kulit ,pucuk daun dan daun serta buah kelapa perlu di potong dan dibersihkan dulu untuk dapat bahagian dalam umbut yang lembut. Saya perhatikan tetamu yang datang lebih berselera meratah gulai umbut dari lauk-lauk lain yang sudah menjemukan. Rasanya elok juga kalau tetamu dihidangkan dengan pelbagai sayur dan ulam kampung seperti nangka, pisang muda dan rebung. Sambal petai dan ulam jering rasanya ramai yang menggemarinya. Selesai menikmati umbut yang enak, sempat juga saya mencuci mulut dengan bubur pulut hitam. Terima kasih kepada Bang Jamal dan Kak Yam kerana mengerti selera jemputan seperti saya. Pena Tumpul - Suka cendol pulut juga

Kambing

Khabarnya , kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain. Kasihan binatang bernama kambing ini. Sejak sekian lama, kambing menjadi mangsa  persepsi orang ramai terhadap dagingnya yang dikatakan penyebab utama penyakit berbahaya. Makan daging kambing boleh dapat darah tinggi! Ramai orang kata begitu. Pak Husin mengundang saya ke majlis perkahwinan cucunya. Saya sudah lama kenal Pak Husin. Dia tukang kebun sekolah ketika saya bersekolah rendah. Sudah lebih 30 tahun namun Pak Husin masih ingat saya. Dia masih kuat dan sihat. Dia juga rakan rapat arwah ayah. Banyaknya lauk di rumah Pak Husin. Saya rencam, namun kari daging membuat saya teruja. Pastinya daging lembu. Di meja makan, saya sempat berbual dengan seorang tetamu yang baru dikenal. Kambing jadi mangsa lagi. Dia kata dalam pinggan saya ialah kari kambing selain acar nenas dan ayam goreng yang saya ambil tadi. Saya tidak tau pun daging kambi...

Ikut

عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : S aya mendengar seorang Ustaz membicarakan hadis ini lewat TV AlHijrah. Saya kira ia bukan sahaja menarik untuk direnungi malah di berikan perhatian. Ringkas dan padat. Ia sangat berkait rapat dengan apa yang berlaku sekarang. Bagaimana kehidupan kita sangat dipengaruhi oleh puak-puak yang dimaksudkan dalam hadis ini. Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka” . Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “ Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim) Daripada hadis ini, Rasulullah memberitahu bahawa d...

Masak

"Ayah tak payahlah belajar masak. Nanti mama lagilah rilek" I tu reaksi paling spontan Haziq bila saya menyuarakan hasrat untuk belajar memasak. Haziq tahu kalau ayahnya sudah tahu memasak, ada potensi mamanya akan mendelegasikan seluruh tugas rumahtangga kepada saya sepenuhnya termasuk memasak.  Sebenarnya saya tidak nampak pun mengapa saya perlu tahu masak. Selama ini pun isteri yang memang pandai memasak sentiasa menyediakan sajian terbaik untuk saya anak beranak. Idea supaya saya belajar memasak dicetuskan oleh isteri ketika menikmati hidangan makan tengahari di rumah Kak Long. Kebetulan Kak Long tiada di rumah dan paling pasti suaminyalah yang memasak. Kami tahu Abang Usop memang boleh, tahu dan pandai memasak. Sesekali terbit juga rasa cemburu kerana saya tidak dianugerahkan kebolehan apatah lagi kemahiran untuk memasak. Kata isteri, memasak bukanlah sukar sangat pun. Ia kemahiran yang cukup mudah untuk dipelajari. Dia memang mengalu-alukan kalau saya memang bet...

Pandangan

Apa pula pandangan kita melihat gambar ini? L ain orang lain lain pandangannya. Kita tidak boleh mengharapkan pandangan orang lain perlu sama dengan pandangan kita. Setiap orang berhak untuk berlainan pandangan sebenarnya dan itu perlu dihormati. Pandangan yang berbeza terbit dari latarbelakang, pegangan, fikiran dan fahaman yang juga berbeza. Justeru itulah budak-budak melihat sungai sebagai tempat yang seronok untuk bermandi manda sementara di mata seorang penggila ikan air tawar, sungai dipandang sebagai lubuk ikan. Bak kata orang putih, thinking make it so. Saya menemukan kisah yang melucukan ini dalam kantung email saya. Ia ada kaitan dengan berbeza pandangan. Ada seorang wanita dalam keadaan berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan, pengayuh beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut. Merasakan dirinya diperhatikan oleh pengayuh beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke...

Urut

H aziq dikesan berjalan terhincut-hincut bila balik daripada latihan sukan petang tadi. Tentunya gara-gara bermain bola sepak, sukan yang amat diminatinya. Saya tidak mampu menahan minatnya cuma sering berpesan supaya jangan terlalu rakus di padang. Namun, keseronokan di padang membuatnya lupa segala pesanan yang diberikan. Nah, dia yang menanggung padahnya. Kesian juga tengok, apabila sebelah malamnya merengek minta di urutkan. Saya enggan kerana ingin memberi pengajaran yang paling berharga buatnya supaya lebih berhati-hati bila bila di padang. Mama yang belas tidak sampai hati cuba mengurut kalau-kalau boleh mengurangkan kesakitan yang ditanggung. Mama gagal melegakan malah menambah kesakitan yang ada. Saya cadangkan supaya Haziq dibawa berurut dengan Tok Yem  yang memang agak hebat juga dalam bab mengurut. Haziq tiada pilihan tetapi akur dengan cadangan saya. Syukur, Haziq pulih dari seliuhnya. Pagi ini, dia sudah mula bising-bising mula mohon diizinkan bermain bola lagi d...

Tiru

S aya selalu percaya menunjukkan contoh teladan yang baik  adalah cara paling terbaik dalam mendidik anak-anak kita. Lazimnya, anak kita akan buat apa yang dia nampak kita buat. Dia akan tiru apa yang kita buat di depan matanya. Kalau baik yang kita pamerkan, baiklah yang akan dilakukannya. Begitulah sebaliknya. Justeru itu, kalau kita mahu anak kita baca buku dan mengulangkaji pelajarannya, kita sendiri perlu baca buku sama atau pun sekurang-kurangnya membaca suratkhabar. Adalah sangat janggal ketika kita bertegang leher menyuruhnya membaca buku, kita pula sebok melayari internet misalnya. Bila kita kata, tidak baik untuk merokok, sepatutnya kita sendiri pun tidak merokok. Kalau kita suruh dia bangun awal pagi, kita sepatutnya bangun lebih awal dari itu dan bukannya bangkit dinihari. Bila kita kata, makan sayuran itu sangat bagus, adalah sangat pelik bila kita sendiri benci kepada sayur. Senarainya sangat panjang. Itu dan ini. Begitu dan begini. Sebaik-baiknya, janganlah kita...

Peranan

S ejak kehilangan pekerjaan tiga tahun yang lalu, seorang kenalan rapat saya ini duduk di rumah ketika isteri keluar bekerja. Di rumah dia berperanan bagaikan suri (sura lebih sesuai) rumah. Dia buat apa yang selalunya dibuat oleh wanita. Dia mencuci pakaian dan menyidainya dijemuran malah mengangkitnya juga setelah kering, mengemas rumah juga memasak. Pendek kata dia melakukan kerja-kerja yang kelihatannya agak janggal untuk dilakukan oleh kaum lelaki secara sepenuh masa begitu. Sesekali berpeluang menemuinya, dia tetap berkata tanpa gagal, "Saya selesa dengan apa yang saya lakukan selama tiga tahun kebelakangan ini, tak ada masalah pun" Semalam saya menemuinya lagi dan jawapan yang sama tetap terpacul dari mulutnya. Saya menjangkakan dia telah pun memiliki pekerjaan baru setimpal dengan kelayakan, kebolehan dan pengalamannya. Bukan dia tidak pernah berusaha untuk itu, barangkali belum berjumpa yang secocok dengan minatnya. Saya mengira dia pastinya sudah "sedap...