Skip to main content

Impak3

Dr Fadzilah meneruskan bicara pendeknya namun mengesankan di ruang udara awal pagi ini. Dan saya masih menjadi pendengar setianya. Masih lagi berkisar tentang kecilnya yang kita lakukan kepada seseorang namun impaknya cukup besar. Kecil pada pandangan kita tetapi besar pada penerimaan orang. Kecil nilainya pada kita yang sudah biasa dengannya namun tidak ternilai besarnya pada yang tidak pernah memilikinya. Segelas air kosong tentunya tidak sama nilainya pada seorang yang sedang dahaga berbanding pada seorang yang tidak.

Pagi ini dia mengajak pendengar seperti saya melakukan sesuatu yang juga kecil. "Apa kata kalau pergi pasar, sesekali tanya mak cik kat sebelah rumah, kalau-kalau dia nak kirim beli apa-apa. Dia mungkin tinggal seorang diri dan tidak punya kemampuan untuk ke pasar". Satu saranan yang cukup baik dan bukan susah pun untuk dilakukan. Kata pakar motivasi ini, mak cik ini pasti gembira bukan kepalang. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang masih lagi mengambil berat tentangnya.

Kecilnya namun besar kesannya. Ibarat sebatang skru. Ia amat kecil tapi cukup besar peranannya. Sebatang skru yang cukup kecil itu jika tanggal dari sebuah jam tangan, jam tangan yang mahal pun sudah tidak berguna lagi!

Pena Tumpul - Kadang-kadang gajah besar di depan mata kita tak nampak tetapi kuman yang kecil di seberang lautan itu pula yang kita nampak

Comments

Anonymous said…
Agama Islam sememangnya sudah menyarankan agar kita mengambil berat hal jiran-jiran...berdosa kita jikalau makananan yang kita makan tidak di kongsi sesama jiran...tapi adakah kita semua mampu berbuat demikian?....sedangkan pertolongan sesama saudara sendiri pun kita merasa ' kedekut dan berkira'....fikirlah sendiri
Anonymous said…
Kadang-kadang nak tolong saudara pun kena tengok.Kalau saudara sesama sendiri itu nampak bergaya tapi masih ingin minta pertolongan lebih baik kita bantu orang lain yang memerlukan pertolongan.

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w